Barcelona mengesahkan bahawa Thomas Vermaelen mengalami kecederaan hamstring dalam kemenangan 5-0 ke atas Real Betis dalam LaLiga di Benito Villamarin, awal pagi tadi.
Pemain tengah itu mendapat kecederaan pada minit ke-38 selepas mengejar Sergio Leon di kawasan tengah.
Vermaelen digantikan oleh Samuel Umtiti, yang membuat penampilan pertama LaLiga sejak 2 Disember lalu selepas pulih daripada masalah hamstring.
Barca kemudian memuat naik kenyataan melalui Tweeter memberitahu Vermaelen akan menjalani ujian lanjut hari ini bagi menentukan tahap kecederaannya.
"Thomas Vermaelen mengalami kecederaan hamstring di kaki kirinya. Pada Isnin, dia akan menjalani beberapa ujian untuk mengetahui tahap kecederaannya," kata kenyataan itu.
Bekas pemain pertahanan Arsenal itu terlibat dalam semua 13 perlawanan terakhir Barca setelah mendapat kecergasan penuh.
Dia menghabiskan musim lalu dengan dipinjamkan ke Roma, namun hanya membuat sembilan penampilan Serie A.