Penyerang Leicester City, Jamie Vardy, menjelaskan dia tidak menyesal kerana mengambil keputusan untuk kekal bersama The Foxes.
Aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris bakal bermula tidak lama lagi dan Vardy akan mengetuai jentera serangan pasukan itu berdepan Arsenal, kelab yang mahu menandatanganinya musim lepas.
Tetapi Vardy mengambil keputusan untuk terus kekal bersama The Foxes dan menandatangani kontrak baru selama empat musim dan dia sangat gembira dengan keputusannya.
"Saya tidak menyesal. Saya telah membuat satu keputusan yang sangat penting dalam hidup saya," katanya.
"Sejak saya menyerti kelab ini, kami telah berjuang untuk menjuarai liga dan cuba mengelak daripada penyingkiran.
"Siapa tahu musim depan mungkin akan berpihak kepada kami semula. Kami perlu menantikan peracangan kelab ini dan sasaran yang diletakkan untuk kami."
Vardy berharap dapat terus mempamerkan persembahan berkualiti untuk dipilih menyertai England beraksi dalam Piala Dunia dan menjaringkan gol secara konsisten akan membantunya.
"Saya mahu menjaringkan gol yang lebih banyak daripada musim lepas. Saya berharap dapat melakukannya."