Skip to main content

Bola Sepak

VAR batalkan gol West Brom, hadiahkan penalti buat Liverpool

craig-pawson-cropped_pcd752lynz5f1az6wllm8x4ad-(1).jpg
Video bantuan pengadil (VAR) digunakan untuk membatalkan gol buat kali pertama dalam bola sepak Inggeris ketika pertembungan Piala FA di antara Liverpool dan West Brom di Anfield, awal pagi tadi.

Pelawat mendahului 2-1 ketika Craig Dawson menyangka dia menjaringkan gol ketiga pasukannya menerusi tandukan pada minit ke-19.

Bagaimanapun, jaringan itu tidak disahkan selepas ia dirujuk VAR, kelihatan Gareth Barry berdiri di kedudukan ofsaid ketika cuba membantu Dawson menanduk masuk ke gawang.

Dua minit kemudian, VAR memberi peluang kepada Liverpool untuk menyamakan kedudukan, dengan pengadil, Craig Pawson, menghadiahkan penalti kerana mendapati Jake Livermore menarik baju Mohamed Salah.

Roberto Firmino, yang membuka jaringan sebelum dua gol daripada Jay Rodriguez membawa West Brom di depan, mengambil tendangan penalti itu, namun usahanya hanya menggegarkan palang gol.

West Brom menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-2 untuk menyingkirkan Liverpool daripada kejohanan itu.

Advertisement

Must Watch Video