LIVERPOOL 2 EVERTON 1
Pertahanan, Virgil van Dijk, muncul wira Liverpool selepas menjaringkan gol kemenangan dalam saingan Piala FA ketika bertemu Everton, awal pagi tadi.
Pertahanan termahal dunia itu, yang menyempurnakan perpindahan dari Southampton dengan yuran GBP75 juta (RM406 juta) bulan ini, menanduk masuk gol enam minit sebelum perlawanan berakhir dalam aksi yang berlangsung di Anfield.
Van Dijk memiliki peluang yang sama sebelum itu tetapi berjaya ditampan oleh penjaga gol, Jordan Pickford, tetapi kemudian memastikan kemaraan skuad bimbingan Jurgen Klopp dalam saingan Piala FA.
"Ia bagaikan mimpi jadi kenyataan buat saya," katanya.
"Sangat menakjubkan beraksi di Anfield dan gol ini merupakan sesuatu yang istimewa buat saya dan keluarga saya.
"Bermain di Anfield adalah impian buat semua pemain."
James Milner, yang membuka jaringan menerusi sepakan penalti selepas Mason Holgate menjatuhkan Adam Lallana, tidak terkejut dengan impak yang dipamerkan oleh Van Dijk.
"Ia merupakan perlawanan yang sukar tetapi kami berada di tahap terbaik dan Van Dijk menyempurnakan peluangnya," kata Milner.
"Tetapi jaringan kemenangannya adalah sesuatu yang telah kami jangkakan."
Gol sagu hati Everton dihasilkan oleh Gylfi Sigurdsson pada minit ke-69.