Skip to main content

Bola Sepak

Van Dijk akan kekal bersama kami -- Pellegrino

virgil-van-dijk-cropped_tabd805l6td71mbhsd97rfe9o.jpg
Mauricio Pellegrino menjangkakan pemain pertahanan, Virgil van Dijk, akan kekal sebagai pemain Southampton sebaik berakhirnya musim perpindahan pemain pada Khamis ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu mahu berhijrah sebaik musim perpindahan dibuka sehingga cuba memaksa penjualannya dengan mengemukakan permohonan perpindahan.

Pengerusi The Saints, Ralph Krueger, sering kali menegaskan pertahanan itu tidak akan dijual dan Pellegrino menyatakan pendirian sama selepas pasukannya diikat seri tanpa jaringan berdepan Huddersfield Town, malam tadi.

Van Dijk sekali lagi tidak disenaraikan dalam pasukan sementara rakan senegara, Wesley Hoedt, pembelian GBP15 juta daripada Lazio, sekadar memanaskan bangku simpanan.

"Saya rasa pada 1 September ini, Van Dijk akan terus bersama kami," Pellegrino memberitahu wartawan di Stadium John Smith.

Southampton sering kali diuji dalam babak pertama perlawanan sebelum mempamerkan aksi kemas memasuki separuh masa kedua untuk merekodkan perlawanan ketiga tanpa kalah.

Nathan Redmond dan Ryan Bertrand masing-masing hampir menghasilkan jaringan kemenangan sementara pemain gantian James Ward-Prowse, dinafikan sepakan penalti pada minit ke-82.

"Kami menyaksikan ulang tayang itu beberapa kali, sukar untuk menyatakan sama ada keputusan itu tepat atau tidak," Pellegrino memberitahu Sky Sports.

"Kami perlu menghormati keputusan pengadil.

"Kami hampir melakar kemenangan tetapi inilah bola sepak. Segalanya mengenai permainan efisien."

Advertisement

Must Watch Video