Ernesto Valverde enggan mengulas lanjut mengenai perpindahan Paulinho, Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele ketika Barcelona bersiap sedia menghadapi Real Madrid dalam aksi pertama Piala Super Sepanyol.
Sejak perpindahan rekod dunia GBP200 juta (RM1.1 bilion) Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG), Barca telah dikaitkan dengan beberapa pemain, dengan Coutinho dan Dembele masing-masing dilaporkan semakin hampir berhijrah ke Camp Nou.
Bekas pemain tengah Tottenham, Paulinho, turut dikaitkan dengan perpindahan ke Barca apabila timbul laporan di China bahawa pemain itu telah pun mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan di Guangzhou Evergrande.
Bagaimanapun, Valverde menegaskan laporan mengenai perpindahan ketiga-tiga pemain tersebut adalah khabar angin semata-mata dan dia tidak tahu-menahu sama ada mereka akan menyertainya sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.
"Saya tidak ada bukti mengenai perkara ini. Ramai pemain yang telah dikaitkan dengan perpindahan dan ia akan berlaku sehinggalah 31 Ogos," katanya ketika sesi sidang media.
"Buat masa ini, tiada apa yang berlaku atau setidak-tidaknya saya masih belum dimaklumkan sebarang perkembangan."