ATHLETIC BILBAO 0 BARCELONA 0
Ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, menafikan bintang utama pasukannya, Lionel Messi, tidak cukup cergas untuk diturunkan ketika pasukannya terikat 0-0 dengan Athletic Bilbao dalam saingan LaLiga di San Mames Barria, awal pagi tadi.
Keputusan terbaru itu jelas mengecewakan Barca dengan mereka kini mengalami tiga keputusan seri berturut-turut dalam kesemua kejohanan.
Messi tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan itu ketika diikat Real Madrid 1-1 dalam separuh akhir Copa del Rey, Rabu lalu, kerana kecederaan paha, namun kembali tersenarai ketika Barca berdepan Bilbao.
Bintang Argentina itu memaparkan aksi menarik, namun masih kelihatan kurang "menyengat" berbanding prestasinya sebelum ini.
Dalam keadaan seperti itu, Philippe Coutinho dilihat berusaha keras untuk mengurangkan beban yang ditanggung bintang utama pasukannya itu, namun Valverde menegaskan Messi kini dalam kondisi terbaik untuk diturunkan.
"Messi sudah cergas, dia bermain dengan 100 peratus.
"Dia menghadapi beberapa kesukaran kerana saya mahukan mereka beraksi secara kolektif.
"Dia diturunkan selepas didapati benar-benar cergas," katanya.
Valverde, bagaimanapun, mengakui Arturo Vidal dan Coutinho masih belum dapat mengerah prestasi terbaik masing-masing.
"Ia seperti perkara-perkara lain apabila anda menjangkakan anda akan menang tetapi kemudian seri.
"Ia mengenai keseluruhan pasukan dan ramai pihak gemar menuding jari kepada sesetangah pemain apabila mereka gagal dalam beberapa situasi.
"Adakalanya betul juga, mereka perlu lebih berjaya," tambahnya.