Kapten Valencia, Dani Parejo, telah memperbaharui kontraknya di Stadium Mestalla sehingga 30 Jun 2022.
Pemain tengah itu menyertai Valencia daripada Getafe pada 2011 dan pantas menjadi kunci utama buat pasukan, termasuk aksi cemerlang menerusi gol keenam LaLiga musim ini ketika keputusan seri 2-2 dengan Barcelona, Sabtu lalu.
Pihak kelab mengesahkan tempoh kontrak baru itu semalam dan klausa penebusan turut disertakan bernilai EUR50 juta (RM233 juta).
Parejo berkata: "Dalam beberapa tahun di Valencia, saya berkembang secara individu. Kini, saya seorang bapa kepada dua anak Valencia yang semestinya peminat kelab ini.
"Saya dapat memberitahu mereka bahawa saya menjadi kapten buat kelab yang mempunyai sejarah 100 tahun dan setiap hari saya bekerja keras untuk memakai lilitan ketua pasukan serta terus memberikan sumbangan kepada kelab.
"Saya meneruskannya kerana dapat menikmati kasih sayang daripada peminat kelab.
"Ini adalah selamanya rumah saya. Saya mahu kekal di sini lebih lama dan membantu mencipta sejarah lebih hebat untuk pasukan. Masih banyak yang perlu dibuktikan."