Skip to main content

Bola Sepak

Usaha berterusan Gladbach pikat Ginter berhasil

matthias-ginter-050717.jpg
Keputusan Matthias Ginter untuk menyertai Borussia Monchengladbach adalah terbit dari hati selepas pemain pertahanan Jerman itu terpesona dengan usaha berterusan kelab itu memburunya. 

Pemain berusia 23 tahun itu menyempurnakan perpindahannya dari seteru Bundesliga, Borussia Dortmund, dengan yuran yang dilaporkan bernilai EUR20 juta. 

Minat berterusan kelab itu mendorongnya untuk berpindah, selepas dia membantu pasukan kebangsaan meraih Piala Konfederasi di Russia. 

"Ia merupakan usaha ketiga Borussia cuba mendapatkan saya dan yang kedua kalinya jurulatih, Dieter Hecking, menunjukkan minat terhadap saya," katanya. 

"Sokongan dan kepercayaan seperti ini menarik minat saya dan ia menjelaskan segala-galanya.

"Apabila Pengarah Sukan, Max Eberl, dan jurulatih berterusan memburu anda, ia sesuatu yang istimewa. Oleh kerana itu, perpindahan ke Borussia Monchengladbach adalah terbit dari hati. 

"Kelab ini mempunyai pemain-pemain berbakat besar dan kehadiran di Monchengladbach untuk mengetuai dan menjadi tonggak utama merupakan faktor penting. 

"Peminat juga sangat mengujakan. Setiap kali saya beraksi di Borussia-Park, suasananya menimbulkan sensasi. 

"Dengan Piala Dunia 2018 berada dalam fikiran, Joachim Low dan mereka yang rapat dengan saya menasihati saya supaya berhijrah."

 

Advertisement

Must Watch Video