Ketua jurulatih UiTM FC, Ismail Zakaria, optimis pasukannya mampu mengatasi Perlis dalam saingan Liga Perdana malam ini selepas melihat corak permainan lawan itu dalam perlawanan pertama minggu lalu.
Biarpun skuad Singa Utara itu memiliki ramai pemain ternama, namun ia tidak menggerunkan pasukan tuan rumah itu menjelang pertemuan di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini..
Ismail, dalam pada itu, memberikan amaran kepada anak buahnya untuk tidak mengambil mudah cabaran Perlis yang kini dilanda masalah tunggakan gaji.
Ismail berharap skuad The Lions Troop itu dapat mengekalkan kekuatan mental dalam memastikan kutipan mata.
"Kami sudah melihat corak permainan mereka ketika menentang UKM FC sebelum ini.
"Ia akan membantu saya dalam merangka percaturan terbaik menjelang perlawanan malam ini.
"Kami mahu mengutip tiga mata secara berterusan dan beraksi di laman sendiri pasti akan memberikan kelebihan buat kami.
"Saya berharap pemain tidak akan beraksi sambil lewa memandangkan mereka kini dalam motivasi terbaik untuk mencari kemenangan," katanya.
Dalam pada itu, penyerang import UiTM, Adi Said, mahu terus meledak jaringan dalam misinya untuk membantu pasukan itu meraih tiga mata.
"Saya menjaringkan dua gol ketika menentang PDRM minggu lalu.
"Ia merupakan anugerah buat saya dalam membantu pasukan ini meraih kemenangan.
"Saya akan mencuba untuk terus menjaringkan gol dalam perlawanan malam ini," katanya.