Jurulatih UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, mempersoalkan keputusan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang dianggap tidak masuk akal apabila dua perlawanan melibatkan UiTM terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan cuaca membabitkan pasukan Kuantan FA dan Negeri Sembilan.
Dua perlawanan yang tertangguh itu akan disambung semula pada Mac dan penghujung Februari, namun apa yang merumitkan Wan Mustaffa sendiri adalah syarat yang dikenakan oleh FMLLP.
Badan pengurusan Liga Malaysia (Liga M) itu mahu pasukan terlibat menggunakan pemain yang sama ketika tarikh asal perlawanan berlangsung.
Sudah pasti, ia bukan sesuatu yang mudah memandangkan mereka perlu berhadapan dengan beberapa perlawanan terlebih dahulu sebelum tibanya tarikh penangguhan yang ditetapkan FMLLP.
Kemungkinan kecederaan atau kad mungkin berlaku, dan persoalannya, bagaimana mereka mampu untuk menggunakan pemain yang sama?
"Bagi saya, langkah itu tidak sesuailah kerana sebelum perlawanan itu dilangsungkan, kami akan mengharungi lima perlawanan lain, termasuk Piala FA.
"Dalam proses itu, mungkin ada pemain yang akan ditimpa kecederaan atau penggantungan.
"Bolehkah kami menurunkan pemain sama ketika itu?
"Mungkin peraturan ini yang sudah tercatat tapi saya masih perlukan jawapannya," katanya.
UiTM bakal berhadapan dengan Perlis untuk aksi seterusnya dengan menyasarkan tiga mata penuh pertama musim ini selepas aksi terdahulu hanya membawa keputusan seri, selain dua perlawanan yang tertangguh berikutan masalah cuaca.
"Saya tahu separuh daripada kekuatan Perlis dan pemain import mereka.
"Kami tahu latar belakang dan selok-belok permainan mereka. Untuk itu, saya dah berpesan kepada anak buah supaya sentiasa berwaspada dalam beberapa perkara."