UiTM 1 JDT II 2
UiTM FC rebah di laman sendiri apabila hasrat untuk meraih tiga mata dinafikan Johor Darul Ta'zim (JDT) II yang menang 2-1 dalam aksi keempat Liga Perdana, malam tadi.
Perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang bagi mencuri peluang menjaringkan gol.
Bagaimanapun, tuan rumah memberi duka awal kepada JDT II apabila membuka tirai jaringan menerusi Mohd Rafie Mat Yaacob pada minit ke-12.
Keceriaan UiTM hanya bertahan kurang daripada 10 minit apabila Bruno Suares menyamakan kedudukan pada minit ke-20.
Skuad bimbingan Ismail Zakaria itu terus tertekan selepas Rozaimi Abd Rahman menambah jaringan sebelum menuju ke bilik persalinan.
Tuan rumah bekerja lebih keras dalam mencari gol penyamaan apabila beberapa kali melakukan rembatan berbahaya ke arah gawang, namun gagal menemui penyudah berkesan.
Sentuhan penyerang import UiTM, Zarco Korac, yang cemerlang membantu pasukan ketika berdepan Negeri Sembilan, juga kurang menjadi.
Pelawat lebih banyak bertahan dalam babak kedua untuk memastikan keputusan 2-1 kekal.
"Bola sepak adalah permainan tentang kesilapan. Pasukan yang melakukan kesilapan akan dihukum.
"Kami dihukum akibat memberikan dua situasi bola mati kepada mereka.
"Ia satu aksi berkualiti daripada JDT II dan kami harus terima hakikat itu," kata Ismail.
Menurut jurulatih JDT II, Ervin Boban, "Kami berdepan masalah dalam babak kedua kerana UiTM semakin kerap melancarkan hantaran jauh dan sukar untuk mencabar mereka di udara berikutan faktor fizikal kami.
"Namun, kami menunjukkan karakter dan keyakinan untuk berjuang ketika menyarung jersi Johor, usaha barisan pemain amat mengagumkan."