Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah membuka siasatan rasmi ke atas Paris Saint-Germain (PSG) sebagai sebahagian pemantauannya ke atas kelab-kelab di bawah peraturan ‘Financial Fair Play (FFP)’.
Tindakan kelab Ligue 1 itu berbelanja besar adalah perkara paling menonjol dalam jendela perpindahan Eropah pada musim panas ini, dengan bintang Brazil, Neymar, tiba di Parc des Princes dari Barcelona dengan yuran perpindahan rekod dunia €222 juta (RM1.1 bilion).
Blaise Matuidi dan Serge Aurier adalah antara pemain yang meninggalkan skuad kendalian Unai Emery itu untuk menampung sebahagian daripada perbelanjaan besar kelab tetapi PSG kemudian melengkapkan satu lagi pembelian besar dengan mendapatkan bintang muda Monaco, Kylian Mbappe, pada hari terakhir jendela perpindahan.
Penyerang berusia 18 tahun itu menyertai PSG dengan perjanjian pinjaman untuk 2017-18 di sebalik syarat-syarat telah dipersetujui untuk kontrak kekal sehingga Jun 2022 apabila kelab itu boleh melaksanakan opsyen pembelian.
Mbappe dilaporkan akan bernilai €180 juta pada waktu itu dan UEFA telah menyatakan “aktiviti perpindahan baru-baru ini” sebagai sebab untuk memeriksa operasi kelab ibu kota Perancis itu.
“Bahagian Siasatan, Badan Pengawal Kewangan UEFA telah membuka siasatan rasmi ke atas Paris Saint-Germain sebagai sebahagian pemantauannya ke atas kelab-kelab di bawah peraturan ‘Financial Fair Play’,” kata satu kenyataan UEFA.
“Siasatan itu akan memfokus kepada kepatuhan kelab itu kepada keperluan balik modal, terutama dengan aktiviti jual-beli terbarunya.
“Dalam beberapa bulan mendatang, Bahagian Siasatan, Badan Pengawal Kewangan UEFA akan bermesyuarat dengan kerap untuk menilai dengan teliti semua dokumentasi berkaitan dengan kes ini.
"UEFA menganggap ‘Financial Fair Play’ sebagai satu mekanisme urus tadbir yang penting yang bertujuan menjamin kelangsungan kewangan bola sepak kelab-kelab Eropah,” tambah kenyataan itu.