Kapten Liverpool, Jordan Henderson, berkata mereka masih terus berusaha mempertingkatkan mutu permainan selepas mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL).
Dual gol daripada Emre Can dan satu jaringan Mohamed Salah dalam tempoh 21 minit dalam babak pertama perlawanan meletakkan mereka dalam landasan terbaik sebelum meraih kemenangan agregat 6-3 di laman sendiri.
Jaringan Hoffenheim telah dihasilkan oleh Mark Uth dan Sandro Wagner, namun gol yang diledak oleh Roberto Firmino dalam babak kedua memastikan kemenangan memihak kepada skuad kendalian Klopp.
Liverpool kembali beraksi dalam saingan UCL buat pertama kali sejak 2014, sesuatu yang menggembirakan Henderson.
"Ia adalah satu aksi yang sangat baik, Liverpool telah turun mempamerkan aksi yang berkualiti dari awal permainan," katanya.
"Kami telah melepaskan dua gol, jadi kami memiliki beberapa perkara yang harus diusahakan tetapi secara keseluruhannya kami sangat gembira kerana kembali ke UCL.
"Beraksi dalam UCL adalah sasaran utama kami dan kami telah melakukannya. Kini kami mahu membuktikan kebolehan sebenar kami beraksi dalam kalangan yang terbaik di Eropah."
Liverpool dijangka berada di dalam kumpulan bersama-sama Real Madrid, Bayern Munich, Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).
Tetapi Henderson menegaskan pemenang lima kali itu tidak terlalu menghiraukan siapa lawan mereka nanti.
"Kami telah membuktikan kebolehan kami untuk bersaing dalam kalangan yang terbaik. Kami akan menerima cabaran beraksi dengan mana-mana pasukan nanti."