Skip to main content

Bola Sepak

UCL masih lagi sasaran Milan -- Gattuso

050118gennaro-gattuso.jpg
Ketua jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso, masih lagi percaya bahawa pasukannya mampu mendapatkan slot beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), musim depan.

Milan, yang hanya memenangi satu daripada lima aksi Serie A sejak Gattuso mengambil alih tugas Vincenzo Montella, menyaksikan mereka menduduki tangga ke-11 walaupun telah berbelanja besar dengan membawa masuk pemain seperti Leonardo Bonucci dan Andre Silva.

Ia bermakna Milan ketinggalan 14 mata kepada Roma yang berada di tangga keempat.

Di sebalik persembahan yang tidak memuaskan -- kemenangan ke atas Inter memberikan mereka slot ke separuh akhir saingan Coppa Italia -- Gattuso menegaskan slot ke saingan UCL adalah sasarannya.

"Kedudukan kami dalam saingan liga tidak baik tetapi kami telah mara ke separuh akhir Coppa Italia dan beraksi dalam pusingan kedua Liga Europa (UEL)," kata Gattuso.

"Kami memerlukan persembahan terbaik hingga penghujung musim ini.

"Walaupun secara matematiknya kami ketinggalan jauh, kami perlu terus optimis beraksi dalam UCL musim depan," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video