Jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel, meminta Pierre-Emerick Aubameyang supaya tidak terlalu memikirkan mengenai permainan selepas meledak dua gol ke atas Freiburg.
Aubameyang gagal mencari sebarang gol dalam empat perlawanan sebelum membantu pasukan meraih kemenangan 3-0 dalam aksi Bundesliga semalam.
Penyerang kebangsaan Gabon itu menghadapi kesukaran dalam beberapa aksi sebelum ini, gagal menyempurnakan jaringan menerusi sepakan penalti ketika berdepan Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) serta dua lagi peluang terhidang di depan gol.
Dortmund membuka jaringan menerusi tandukan Sokratis Papastathopoulos dalam separuh masa pertama sebelum Aubameyang melengkapkan kemenangan Dortmund dengan dua gol dalam separuh masa kedua.
"Kami memerlukan Aubameyang yang tidak terlalu banyak berfikir dan sentiasa mencari peluang menjaringkan gol," kata Tuchel.? @Aubameyang7 moves above Möller, BVB keep first clean sheet on the road - check the facts for #scfbvb https://t.co/xSIGwUN8Ph pic.twitter.com/cni7ZU8t9O
— Borussia Dortmund (@BVB) February 25, 2017
"Saya telah memberitahu pemain-pemain supaya menghasilkan gerakan yang tidak terlalu rumit dalam mencari gol. Hasilnya, Aubameyang mencetak dua gol.
Marco Reus memainkan watak utama jaringan pertama Aubameyang, berjaya menggelecek melepasi pertahanan Caglar Soyuncu sebelum melepaskan hantaran rendah untuk disempurnakan oleh rakan sepasukannya.
"Saya sangat gembira melihat persembahan Aubameyang, saya berharap dia dapat mengulanginya ketika berdepan Benfica bagi aksi timbal balik nanti."