Skip to main content

Bola Sepak

TRW buru mata penuh jauhi zon penyingkiran

sathit-bensoh-penolong-jurulatih-kelantan-040817.jpg
Kelantan mahu mencari penawar duka di sebalik kehambaran prestasi semasa dengan cuba mencipta kejutan ke atas pasukan yang semakin meningkat naik, Felda United, selain optimis kemenangan mampu menjadi tonik terbaik untuk menjauhi zon penyingkiran Liga Super. 

Tiada sebarang mata mampu diraih Kelantan dalam lima perlawanan terakhir Liga Super dengan kemenangan tunggal di laman sendiri adalah pada 4 Mac lalu bertemu T-Team dan malam esok, anak buah Zahasmi Ismail bakal turun beraksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Jika prestasi berterusan sebegini, tidak mustahil Kelantan bakal berada selaku dua pasukan tercorot di penghujung musim ini kerana hanya tiga mata memisahkan mereka dengan pasukan di tangga ke-11, Sarawak. 

Penolong jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh, menggesa pemain agar bangkit serta melupakan beberapa kekalahan pahit sebelum ini, termasuk di pentas Piala Malaysia. 

"Saya harus memohon maaf kepada setiap penyokong Kelantan, terutama peminat di Kota Bharu, berikutan keputusan mengecewakan dalam Piala Malaysia ketika berdepan Melaka United. 

"Ini penting kerana kami bakal beraksi di laman sendiri dan sedang menduduki zon bahaya liga," ujar penolong jurulatih dari Thailand itu. 

Menurut Sathit lagi, Kelantan sebenarnya tidak berdepan apa-apa masalah dalaman, cuma kesilapan beberapa individu memusnahkan impian mereka untuk menggapai kemenangan.

"Bola sepak adalah perjuangan dan juga kesilapan. 

"Satu kesilapan sahaja boleh menyebabkan pasukan tertewas. Deretan peluang yang gagal disudahkan juga boleh menjadi penyebab kekalahan."

 

Advertisement

Must Watch Video