Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Tottenham berang sesi rahsia Harry Kane-Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Pengerusi Tottenham, Daniel Levy, berang dengan laporan Bild di Jerman yang menyatakan bahawa Harry Kane telah mengadakan perbincangan rahsia dengan pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel.

Mei lalu, Kane didakwa berunding dengan Tuchel sebelum menyatakan hasratnya untuk menyertai barisan juara Bundesliga itu.

Pertemuan itu secara tidak langsung mengundang kemarahan pengerusi tersebut yang menolak tawaran awal bernilai juta (RM355.2j) daripada Bayern.

Kelab London utara itu enggan kehilangannya secara percuma apabila sedang memujuknya untuk memeterai perjanjian baru sebelum kontrak pemain antarabangsa England berusia 29 tahun tersebut berakhir musim panas tahun depan. 



 

Advertisement

Must Watch Video