Skip to main content

Bola Sepak

Tonggak Arsenal, Cazorla, berehat panjang lagi

arsenal-midfielder-cazorla-set-to-miss-rest-of-season.jpg
Arsenal berdepan prospek kehilangan pemain tengah Sepanyol, Santi Cazorla, bagi baki musim ini. 

Cazorla, yang hanya muncul dalam 11 perlawanan musim ini, kali terakhir beraksi pada Oktober lalu dalam kemenangan 6-0 ke atas Ludogorets dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum ditimpa masalah tumit. 

Pergelangan kaki pemain berusia 32 tahun itu tampak tidak bertambah baik sehingga memaksanya menjalani pembedahan pada Disember, sehingga menyisihkannya selama tiga bulan. 

Gunners, bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan situasi semasa Cazorla berhubung kekecewaan terbarunya. Ini bermakna khidmatnya mungkin terpaksa dilupakan bagi baki kempen musim ini dan fokus untuk menjalani persiapan pra-musim 2017-18. 

Advertisement

Must Watch Video