Pahang gagal menghapus badi lapan tahun kemarau kemenangan ke atas Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan selepas seri 1-1, malam tadi.
Kali terakhir skuad Tok Gajah menundukkan Selangor dalam aksi liga di laman sendiri adalah pada 2011 menerusi kemenangan 2-1.
Ia memberi petanda ranjau yang menanti mereka untuk pertemuan kali ini tetapi tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-34.
Ia diilhamkan hantaran Mohamadou Sumareh yang disudahkan Wan Zaharulnizam Zakaria untuk mereka mendahului 1-0 dalam babak pertama.
Dalam babak seterusnya, Selangor menampilkan kebangkitan apabila meraih gol penyamaan menerusi Rufino Segovia pada minit ke-61.
Pada minit ke-73, Pahang ditimpa malang apabila Herold Goulon menerima kad kuning kedua kerana mengasari pemain lawan.
Kedua-dua pasukan kemudian berbalas serangan untuk menambah jaringan, namun tiada tambahan gol dapat dihasilkan sehingga sehingga wisel penamat.
"Aksi kami serba tidak menjadi malam ini (tadi), hanya pada awal 15 minit kami melakukan pergerakan seperti biasa.
"Selepas itu, kami seperti hilang punca dan banyak pergerakan kami tersekat," kata Dollah.
Dalam masa sama, B. Sathianathan, sudah mampu menghela nafas lega selepas anak buahnya mempamerkan aksi lebih positif berbanding ketika dibelasah PKNS FC 4-0, dua minggu lalu.
"Saya berpuas hati dan berterima kasih kepada pemain memandangkan kami di bawah tekanan.
"Ini perlawanan keempat dan pemain kelihatan sudah mula menyesuaikan diri dan tidak menunjukkan bahawa mereka takut," katanya.