Antonio Conte mahu Chelsea menandatangani penyerang tambahan sebelum jendela perpindahan Januari ditutup Khamis ini.
Dengan Alvaro Morata berada di luar prestasi sebenar, skuad The Blues dikaitkan dengan beberapa penyerang, termasuk Edin Dzeko dari Roma, Andy Carroll dari West Ham dan pemain Burnley, Ashley Barnes.
Michy Batshuayi menjaringkan gol ketika Chelsea menewaskan Newcastle United 3-0 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge, semalam.
Sekalipun Batshuayi mengumpul 10 gol dalam semua pertandingan musim ini -- kurang dua gol berbanding Morata -- Conte masih mahukan pemain lain untuk tiba di Stamford Bridge.
"Jika anda melihat skuad kami, kami tidak mempunyai tiga, empat atau lima penyerang, kami mempunyai hanya dua," kata Conte.
"Morata terkeluar, atau kadang-kadang saya menurunkan (Eden) Hazard. Dia adalah penyerang berbeza. Penyerang perlu bekerja dengan cara yang terbaik dan dia banyak meningkat.
"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku (dengan Batshuayi), tetapi apabila kami perlu bermain dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA, tiga penyerang adalah minimum.
"Maka, kita lihat apa yang akan berlaku dalam pasaran perpindahan. Mengenai pemain lain, saya tidak tahu sama ada kami boleh."
Walaupun Batshuayi menyumbang sepasang gol pada babak pertama, Conte kembali memuji penyerang Belgium itu.
"Saya tidak tahu sama ada ia adalah permainan terbaiknya tetapi ia penting untuknya dan pasukan," kata jurulatih dari Itali itu. "Menjaringkan gol adalah penting untuk keyakinan, kami bercakap tentang pemain muda dengan potensi besar.
"Michy (Batshuayi), kami bercakap mengenai seorang pemain yang saya bekerjasama selama satu setengah tahun, pemain baik dan mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Tugas saya adalah untuk bekerjasama dengannya dan setiap pemain," katanya lagi.