Skip to main content

Bola Sepak

Tianjin Quanjin koyakkan kontrak Falcao

tianjin-quanjin-tore-up-agreement-to-sign-falcao.jpg

Pemilik kelab Tianjin Quanjin, Shu Yuhui, mengoyakkan kontrak untuk menandatangani Radamel Falcao kerana penyerang itu tidak sesuai dengan gaya permainan pasukan.

Pendatang baru Liga Super China itu telah mendapatkan khidmat Alexandre Pato dan Axel Witsel selepas Luis Fabiano mengambil keputusan kembali ke Brazil untuk menyertai Vasco da Gama.

Tianjin sebelum telah dikaitkan dengan Diego Costa tetapi bekas rakan sepasukannya di Atletico Madrid, Falcao, selangkah lebih hampir untuk ke China.

Pengendali pasukan, Fabio Cannavaro, telah membatalkan perpindahan tersebut dan menyatakan bahawa penyerang kebangsaan Colombia itu tidak sesuai dengan gaya permainan skuad kendaliannya.

Dalam pada itu, prestasi Falcao dilihat semakin pulih di Monaco, meledak 24 gol dalam semua pertandingan dan membantu pasukan menghuni tangga teratas Ligue 1.

Pemilik kelab, Yuhui, berkata bahawa pemain-pemain berkualiti seperti Costa akan menyertai kelab pada Jun.

"Tiada had di dalam perbelanjaan untuk mendapatkan pemain baru pada musim panas nanti. Kami boleh mendapatkan mana-mana pemain," kata Yuhui.

"Kami cuba mendapatkan pemain seperti Diego Costa dan beberapa bintang lain. Saya berasakan lebih ramai pemain yang akan menyertai kami pada Jun."

Advertisement

Must Watch Video