Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais, memberi jaminan bahawa pasukan baru kendalian Ian Andrew Gillan dan kini diurus Abdul Wahab Rahim akan memberi tumpuan kepada isu integriti, melebihi tumpuan kepada sukan itu sendiri.
"Biarpun bermain dalam Liga Perdana, kami tetap tidak berkompromi dalam soal integriti, terutama daripada aspek rasuah dan disiplin.
"Kami mahu mereka ikhlas beraksi, tidak mahu mewujudkan ruang dan peluang yang menyaksikan kelibat bookie," katanya dalam pertemuan dengan Stadium Astro, baru-baru ini.
Sarawak pernah berhadapan "isu pedih negara", iaitu para pemain diikat bookie untuk mengatur perlawanan.
"Kami akan memantau rapat. Malah, kami bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPM) dalam isu ini," jelasnya.
Baru-baru ini telah berlangsung taklimat SPRM dan "Akujanji Bebas Rasuah" bersama pemain-pemain, barisan jurulatih dan pengurusan FAS.
Ia musim kedua FAS berkerjasama dengan pihak SPRM dalam membanteras gejala rasuah dalam bola sepak negara.
Kesemua pemain, jurulatih dan barisan pengurusan berikrar untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti rasuah demi menjaga maruah bola sepak Sarawak.
Turut hadir Naib Presiden FAS, Razali Dolhan, dan Pengarah Komersialnya, Abang Abdul Rahman Abang Naim.