Skip to main content

Bola Sepak

Tiada pemain lebih besar daripada kelab -- Bartomeu

7817neymar.jpg
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, menegaskan tiada pemain besar lebih daripada kelab selepas penghijrahan dramatik Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG).

Neymar menyertai PSG dengan rekod yuran perpindahan termahal dunia yang bernilai EURO222 juta (RM1.1 bilion) minggu lalu selepas kelab Ligue 1 itu mengakifkan klausa perpindahan pemain itu.

Bartomeu menyatakan bahawa pemain kebangsaan Brazil itu yang mahu keluar daripada Nou Camp dan menegaskan Barcelona adalah kelab yang lebih besar daripada seorang pemain walaupun mereka tidak mahu kehilangan khidmatnya.

Bartomeu berjanji akan menggunakan wang perpindahan itu sebaik mungkin.

"Dia mahu meninggalkan pasukan ini," katanya.

"Kami tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana tiada pemain yang lebih besar daripada Barca. Wang perpindahan yang diterima untuk Neymar akan digunakan dengan berhemah dan rapi.

"Pemain terbaik di dunia, Lionel Messi, akan terus mengetuai pasukan ini."

Advertisement

Must Watch Video