Skip to main content

Bola Sepak

Tiada mustahil buat Madrid -- Solari buru kejuaran Eropah keempat beturut-turut

solari.jpg
Santiago Solari percaya Real Madrid mampu untuk meraih kejuaraan keempat berturut-turut Liga Juara-Juara Eropah dengan berkata "tiada yang mustahil" buat gergasi Eropah itu.

Madrid mendominasi bola sepak Eropah sejak beberapa tahun lalu dengan memenangi kejuaraan tertinggi benua itu selama tiga musim berturut-turut.

Walaupun tidak memaparkan aksi meyakinkan sepanjang musim ini, Solari yakin pasukannya mampu meraih kejuaran itu sekali lagi.

Ditanya apa yang berlegar di mindanya tentang perkara itu, Solari berkata kepada UEFA: "Tiada apa yang mustahil buat Real Madrid."

Madrid akan membuka peringkat kalah mati dengan bertemu Ajax.

Perlawanan pertama pusingan 16 itu akan berlangsung di Amsterdam, awal pagi Khamis ini.

Solari sedar cabaran yang menanti pasukannya ketika berdepan dengan pasukan Belanda itu, yang kali terakhir menjuarai kejohanan berkenaan pada 1995.

"Ajax merupakan pasukan yang terkenal dengan pembangunan pemain muda, komitmen mereka dalam mengembangkan bakat muda dan gaya permainan menyerang.

"Mereka masih seperti itu. Mereka menunjukkan mereka mampu bersaing musim lalu, begitu juga musim ini.

"Perlawanan itu pasti sukar, seperti pertemuan Liga Juara-Juara Eropah yang lain," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video