Emre Can melabel Juventus sebagai "kelab keluarga" serta menegaskan tiada layanan istimewa buat juara Serie A itu, termasuk kepada Cristiano Ronaldo.
Can, seperti Ronaldo, menyertai Juve sebelum musim 2018-19 bermula, dengan berhijrah secara percuma daripada Liverpool.
Pemain tengah Jerman itu berusaha keras bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Massimiliano Allegri itu walaupun kehadirannya di Turin dibayangi kehadiran Ronaldo, yang bertindak selaku penjaring terbanyak Juve dengan 19 gol dalam saingan liga selepas 24 perlawanan.
Tetapi Can, yang membandingkan suasana di Juve dengan Liverpool, mendedahkan Ronaldo tidak diberikan sebarang layanan istimewa di Itali.
"Juve adalah kelab bersifat kekeluargaan," kata Can.
"Perkara ini saya dapat lihat persamaannya dengan Liverpool, semangat dalam bilik persalinan hampir sama.
"Saya sangat sukakan Juventus. Kelab ini mementingkan kualiti sepasukan berbanding individu.
"Ronaldo bersama kami, terbaik dunia, tetapi dalam bilik persalinan, dia adalah sama seperti pemain-pemain lain.
"Semua orang berada pada tahap yang sama. Tiada keistimewaan dan semua pemain berusaha keras dalam sesi latihan."
Ronaldo menjaringkan dua gol ketika Juventus membenam Frosinone 3-0 dalam aksi Serie A, dengan tumpuan kini beralih kepada saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Atletico Madrid.