Pemain muda yang semakin meningkat, Muhd Akhyar Rashid, menyifatkan tiada istilah letih buat dirinya walaupun terpaksa melaporkan diri bersama pasukan bawah 18 tahun negara sejurus tamat tugasan bersama skuad Sukan SEA.
Akhyar -- juga adik kepada bekas penyerang Kedah dan Perak, Rafdi Rashid -- mengakui dia enggan merungut meskipun belum mendapat rehat yang cukup selepas temasya dwitahunan itu berakhir.
Sebaliknya, dia bersikap positif kerana melihat ini peluang terbaik buat dirinya mencari pengalaman baharu di peringkat antarabangsa.
"Saya tidak ada masalah kerana bersama skuad Sukan SEA, saya tidak bermain sepanjang masa.
"Kalau diberi peluang, insya-Allah saya akan berikan yang terbaik kerana saya mahu digunakan sebaik mungkin," kata Akhyar.
Sementara itu, seorang lagi penyerang muda, Muhd Hadi Fayyadh Abdul Razak, mahu menggunakan kesempatan beraksi di Yangon untuk mengukuhkan namanya dalam arena bola sepak negara.
Berasa sedikit tenggelam sejak kembali menyertai Johor Darul Ta'zim II (JDT II), pemain tinggi lampai itu berharap mampu mempelajari banyak perkara daripada jurulatih berpengalaman negara, Bojan Hodak.
"Ini baru saya dipanggil untuk mewakili skuad negara. Pada mulanya, saya agak tertekan apabila tidak dipanggil tetapi itu semua perkara lepas dan kini fokus saya adalah untuk berikan yang terbaik. Itu yang penting," ujar Hadi.