Skip to main content

Bola Sepak

TFC II uji barisan tempatan hadapi JDT

tfc-ii.jpg
Aksi pemanas badan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), petang ini, menjadi pentas terbaik Terengganu FC (TFC) II mengukur kemampuan menjelang saingan Liga Perdana, bulan depan.

Ketua jurulatih TFC II, Mustaffa Kamal Abd Wahab, mengakui bukan mudah mendapat peluang berentap dengan skuad elit tanah air itu, lantas menuntut persembahan terbaik daripada skuad bimbingannya.

Hanya akan membariskan pemain tempatan dalam aksi petang ini, Mustaffa Kamal ternyata mahu mencuba adunan pemain muda yang akan digandingkan bersama empat tonggak import mereka.

“Pemain-pemain perlu mengambil peluang untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Empat awang import pula masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan mungkin diturunkan dalam aksi selepas ini,” ujarnya.

Selain bertemu JDT di Larkin, TFC II turut dijadualkan akan membuat perhitungan dengan Selangor, minggu depan.

Kredit foto: Terengganu Football Club (TFC)
 

Advertisement

Must Watch Video