Skip to main content

Bola Sepak

TFC II masih cari rentak terbaik

img_2840.jpg
Juara Piala Cabaran 2018, Terengganu FC (TFC) II, enggan kelewatan melakukan persediaan dijadikan alasan untuk pulang tangan kosong dalam aksi Liga Perdana bertemu Pulau Pinang esok.

Menurut pengendalinya, Tengku Hazman Raja Hassan, mereka hanya memiliki enam minggu sebaik penyertaan dalam Liga Perdana disahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Mengakui TFC II masih mencari-cari rentak terbaik, bekas kapten skuad kebangsaan itu berkata aspek kecergasan dan kombinasi pemain akan diberi lebih perhatian.

"Persiapan kami agak lewat, malah masih mengadakan aksi pemanas badan, minggu ini.

"Saya dah ada bayangan 11 terbaik tapi satu atau dua posisi mungkin akan ada perubahan," katanya.

Merujuk kepada skuad Harimau Kumbang bimbingan bekas jurulatih Terengganu, Ahmad Yusof, Tengku Hazman menyifatkan Pulau Pinang memiliki kelebihan di atas kertas.

Sedikit melegakan Tengku Hazman ialah kehadiran pemain pertahanan tinggi lampai kelahiran Ukraine, Serhii Andrieiev, sekali gus melengkapkan kuota empat awang import.

"TFC II akan berusaha ke aras kedudukan lima teratas seperti yang disasarkan. Untuk permulaan, kami tidak mahu keciciran mata," tambahnya.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC) II

Advertisement

Must Watch Video