Perebutan selaku tuan rumah Piala Asia 2031 semakin sengit tatkala tujuh negara menghantar bidaan untuk menganjurkan kejohanan tertinggi serata Asia itu.
Sebelum ini, naib juara edisi 1996, Emeriah Arab Bersatu (UAE), terlebih dahulu menyatakan hasrat untuk mengadakan pertandingan tersebut selepas kali terakhir pada tahun yang sama dan 2019.
Sementara itu, Indonesia juga melalui Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) mengumumkan mahu menjadi hos yang menyaksikan sebanyak lapan venue akan digunakan sekiranya terpilih.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) turut menerima lamaran Kuwait yang telah mengemukakan bidaan berikutan berjaya menjadi tuan rumah kepada Piala Teluk Arab. Mereka juga sedang membina stadium yang mengikuti standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Buat pertama kali, negara dari Asia Tengah berpeluang membuat demikian selepas tiga negara iaitu Tajikistan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan bakal bergabung menjadi penganjur bersama bagi menjimatkan kos perbelanjaan.
Terbaru, juara edisi 2015, Australia, menunjukkan minat mahu bersaing mendapatkan tempat untuk mengulangi pencapaian mereka menjadi johan di tempat sendiri.
Difahamkan, Korea Selatan juga bakal menghantar dokumen bagi menyertai perebutan tersebut.

✅ RESMI : Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan telah mengajukan diri untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Asia 2031.
— Extra Time Indonesia (@idextratime) February 25, 2025
Sebelumnya Indonesia, Australia, Kuwait, UEA hingga Korea Selatan telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah ajang tersebut.
Banyak amat saingan.. ? pic.twitter.com/zH5bulWx8y