Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih tok ketua! Setiap petang laman rumah jadi gelanggang bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rumah-penghulu.jpg
Ketiadaan padang permainan menyebabkan sekumpulan kanak-kanak menjadikan halaman rumah ketua Kampung Kuala Pah, Negeri Sembilan, sebagai tempat bermain bola sepak setiap petang.

Ketua Kampung Kuala Pah, Muhamad Raus Md Som, mengakui tidak keberatan membenarkan kawasan rumahnya dijadikan padang bola sepak memandangkan kampung tersebut tidak mempunyai kemudahan itu.

Beliau bersama penduduk kampung turut mengambil inisiatif bergotong-royong membina tiang gol sebagai galakan kepada anak kampung beriadah dan mengisi masa lapang secara sihat.

“Sudah lebih lima tahun halaman rumah ini dijadikan tempat anak kampung berusia antara sembilan hingga 18 tahun bermain bola sepak.





“Kampung ini tiada padang permainan. Saya tidak keberatan membenarkan mereka menggunakan kawasan ini sebagai tempat bermain. Sekurang-kurangnya mereka dapat meningkatkan kemahiran bermain bola sepak, lebih-lebih lagi kerana ramai antara mereka bermain dengan kelab di Kuala Klawang,” katanya.

Tambahnya, walaupun kemudahan agak terhad, namun setakat ini tiada aduan diterima daripada penduduk kampung berhubung kerosakan harta benda.

“Biarlah mereka jadikan halaman rumah saya sebagai tempat beriadah daripada membuang masa tidak tentu arah,” katanya.



Penduduk, Mohd Kamil Zainon, 49, berkata ketiadaan padang menyebabkan anaknya yang berusia 13 tahun turut bermain bola sepak di halaman rumah ketua kampung berkenaan.

“Terima kasih kepada ketua kampung kerana sudi memberi kebenaran kepada anak-anak kampung bermain bola sepak di kawasan rumahnya,” katanya.

Jelasnya, penduduk kampung berharap pihak berwajib khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil rakyat mempertimbangkan pembinaan padang permainan khusus.

Dengan adanya kemudahan tersebut, mereka bukan sahaja dapat beriadah dengan lebih selesa dan selamat, malah boleh mencungkil bakat sukan berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Artikel kredit: Sinar Harian 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video