Terengganu berhajat menjadikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai mangsa pertama mereka menjelang perlawanan Liga Perdana di Kuala Terengganu, malam ini.
Menurut pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim, selepas hanya seri dalam tiga aksi selepas berehat panjang, pasukannya perlu segera menamatkan 90 minit dengan kemenangan.
Dia juga menambah, sesuatu yang merugikan buat Sang Penyu jika mereka terus gagal mengutip mata penuh terutama di halaman sendiri.
“Pemain-pemain sudah memasang tekad dan berjanji untuk mencapai kemenangan bertemu ATM.
“Kami perlu percaya dengan kelebihan pasukan ini tanpa memikirkan keputusan perlawanan melibatkan pencabar-pencabar lain,” ujar Irfan.
Dalam masa yang sama, Irfan tidak mahu anak-anak buahnya memperkecilkan The Gladiators yang kini terperosok di tangga tercorot liga.
“Kesebelasan utama harus bermain bersungguh-sungguh, mengekalkan konsistensi dan memanfaatkan peluang yang ada. Itu yang paling penting,” tambahnya lagi.
Khidmat tiga pemain tengah, Abdul Latiff Suhaimi, Ismail Faruqi Ashari dan Shahrin Sapien pula belum dapat dikerah Terengganu gara-gara masih dibelenggu kecederaan.