Skip to main content

Bola Sepak

Tengku Hazman mahu barisan pertahanan lebih kebal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terengganu-tfc-ii.jpg
Jurulatih Terengganu FC (TFC) II, Tengku Hazman Raja Hassan, menuntut rentak lebih tersusun daripada skuad bimbingannya menjelang aksi Liga Perdana menentang Selangor United di Kuala Terengganu, esok.

Memenangi perlawanan pertama di Pulau Pinang, bekas kapten skuad kebangsaan itu tidak mahu TFC II memandang sebelah mata cabaran Selangor United -- naib juara Piala FAM 2018.

Menurutnya, kelonggaran barisan pertahanan perlu diperkemaskan dengan pemain import, Serhii Andrieiev, dilabel belum berada dalam prestasi terbaik walaupun menyumbang satu gol minggu lalu.

"Jentera serangan juga sepatutnya lebih berkesan untuk menyudahkan peluang-peluang yang ada.

"Saya harap kelemahan itu dapat diperbaiki kerana kami mahu mengutip 20 mata dalam pusingan pertama," kata Tengku Hazman.

Dalam aksi pembukaan minggu lalu, TFC II dan Selangor United masing-masing bermula dengan langkah kanan yang menyaksikan Kelantan menjadi mangsa pertama Selangor United manakala TFC II pula mengatasi Pulau Pinang 3-2 melalui jaringan Ramzi Suffian, Bruno Suzuki serta Andrieiev.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC) II

Advertisement

Must Watch Video