Skip to main content

Bola Sepak

Tendang bola ke arah pengadil, Icardi digantung dua perlawanan

icardi-gets-two-match-ban-for-kicking-ball-at-ref.jpg
Bintang Inter Milan, Mauro Icardi dan Ivan Perisic, digantung dua perlawanan selepas tewas kepada Juventus dalam pertembungan 'Derby d'Italia'.

Sehubungan itu, dua pemain terbabit bakal terlepas aksi Serie A menentang Empoli dan Bologna. 

Inter akan menentukan sama ada akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan itu selepas menerima laporan daripada pengadil perlawanan. 

Perisic dibuang dalam kekalahan 1-0 di Turin itu yang turut meleburkan rekod tujuh kemenangan berturut-turut Inter dalam Serie A. 

Pemain itu dibuang padang pada masa kecederaan akibat mempertikaikan keputusan pengadil, Nicola Rizzoli, selepas mereka dinafikan sepakan penalti. 

Icardi, meskipun tidak dilayangkan sebarang kad, namun dihukum kerana menendang bola ke arah Rizzoli sebagai tanda protes, sekalipun rembatannya itu tidak mengenai sasaran. 

Ketua pasukan Inter itu turut didenda EUR10,000 (RM47.560) oleh badan induk Serie A itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Inter, Stefano Piolo, menganggap pasukannya menempa kekalahan ekoran kesilapan Rizzoli. 

Advertisement

Must Watch Video