Skip to main content

Bola Sepak

Tebas sedia terima Neymar kembali beraksi dalam LaLiga

300118neymar.jpg
Presiden LaLiga, Javier Tebas, mahu Neymar kembali ke Sepanyol selepas pemain kebangsaan Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Paris Saint-Germain (PSG) membayar EURO222 juta (RM1.1 bilion) untuk menandatangani Neymar dari Barceliona Ogos lalu dan penyerang itu telah menjaringkan 26 gol dalam 24 penampilan untuk pendahulu Ligue 1 itu.

Dengan spekulasi melibatkan Neymar ke Real, pertahanan PSG, Marquinhos, mencadangkan bahawa media Sepanyol sedang berusaha untuk mengganggu fikiran pemain itu sebelum menghadapi saingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Tebas yang telah cuba menghalang Neymar daripada berhijrah ke Paris, sedia menerimanya kembali beraksi di Sepanyol dengan berpindah ke Real.

"Saya mahu Neymar kembali beraksi dalam LaLiga," katanya.

"Pasukan tidak perlu sama, tetapi di Sepanyol, kami memiliki barisan pemain terbaik dunia dan Neymar salah seorang daripadanya," ujarnya.

Tebas turut mengesahkan LaLiga sedang berusaha untuk memperkenalkan sistem video bantuan  pengadil (VAR) dalam saingan bola sepak domestik.

"Musim depan, VAR akan digunakan. Kami akan melakukan yang terbaik dan memastikan ia dapat digunakan sepenuhnya."
 

Advertisement

Must Watch Video