Skip to main content

Bola Sepak

Tchetche mahu hadiahkan kemenangan kepada penyokong

kipre.jpg
Kekecewaan musim 2018 masih dirasai kapten Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche, yang berazam menjadikan PKNS FC mangsa pertama dalam saingan Liga Super, malam ini.

Penggempur kelahiran Ivory Coast itu menyedari harapan peminat Sang Penyu kian menggunung untuk melihat TFC memperbaiki pencapaian musim lalu.

Tchetche berkata persiapan dilakukan mereka sangat baik selain sudah mengatasi isu kecederaan yang menganggunya pada awal latihan pra-musim.

"Sangat penting untuk TFC bermula dengan tiga mata kerana jangkaan penyokong sangat tinggi, terutama selepas terlepas trofi Piala Malaysia musim lalu.

"Semua ternanti-nanti persembahan terbaik kami dan pasukan kini tidak sabar untuk memulakan perlawanan pertama," katanya.

Turut menyuntik moral Tchetche adalah penyertaan arkitek baru dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov, yang disifatkannya sesuai dengan corak permainan TFC.

Kelibat bekas tonggak Lokomotif Tashkent itu hadir tepat pada masanya selain dapat menyesuaikan diri di jentera tengah bersama Lee Tuck dan Thierry Chantha Bin.

Advertisement

Must Watch Video