Pemain import Perak, Misagh Bahadoran dari Filipina, mengakui Liga Malaysia (Liga M) mempunyai daya tarikan dan kekuatan tersendiri sehingga dia tertarik untuk bermain di sini.
"Bukan keputusan mudah untuk bermain dalam Liga M pada awalnya. Tetapi, saya ingin merasai satu pengalaman baru yang berbeza," ujar ketua pasukan kebangsaan Filipina itu.
Tambah Bahadoran, sebelum datang ke Perak, dia telah membuat beberapa kajian tentang perkembangan bola sepak di Malaysia amnya dan Perak khasnya.
"Terus terang saya katakan, saya terkejut dengan perkembangan bola sepak di Malaysia. Begitu profesional, ditambah dengan kehangatan sambutan peminat. Begitu memberangsangkan.
"Perak pula sebuah pasukan yang bagus dengan kemudahan bola sepak yang telah tersedia. Bagi saya, ini pilihan tepat untuk perkembangan karier bola sepak saya. Saya mahu mengenggam piala bersama Perak," ujarnya.