Skip to main content

Bola Sepak

Tabarez tagih khidmat Suarez

luis-suarez-cropped_1f9ke3hi7kfwy1wxtdjdkmym0y.jpg
Luis Suarez mungkin akan membuat penampilan bersama Uruguay meskipun terlepas beberapa aksi bersama Barcelona susulan kecederaan, menurut pengendali Oscar Tabarez.

Bekas penyerang Liverpool itu dipalit kecederaan lutut ketika aksi kedua Supercopa de Espana berdepan Real Madrid, sekaligus mengetepikan peluangnya untuk beraksi berdepan Real Betis dan Deportivo Alaves.

Barcelona membenarkan pemain itu untuk ke Uruguay bagi meneruskan pemulihannya sementara negaranya melakukan persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia berdepan Argentina dan Paraguay.

Tabarez berkata dia perlu bercakap dengan Suarez terlebih dahulu mengenai status kecederaannya dan menegaskan sebarang cadangan bahawa pemain itu akan beraksi adalah spekulasi semata-mata.

"Suarez akan tiba esok," Tabarez memberitahu sidang media.

"Dia akan meneruskan proses pemulihan. Saya tidak berpeluang untuk bercakap dengannya, saya memerlukan masa.

"Pasukan perubatan kedua-dua pasukan (Barcelona-Uruguay) telah bekerjasama dengan baik kerana pemain itu menampakkan kemajuan.

"Kami memutuskan adalah lebih baik dia meneruskan pemulihan di Montevideo."

Uruguay ketika ini menduduki tempat ketiga -- slot automatik ke Piala Dunia berkongsi mata dengan Chile -- dalam kelayakan Amerika Selatan dengan berbaki empat perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video