Skip to main content

Bola Sepak

Syamsul galas tugas berat ubah nasib Perlis

perlis.jpg
Ketua jurulatih Perlis, Syamsul Saad, mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya mereka berhajat untuk kekal dalam saingan Liga Perdana, musim depan.

Kekalahan besar 0-4 kepada Terengganu, malam tadi, menyaksikan Perlis kini tergelincir ke tangga kedua tercorot sambil Syamsul menyifatkan keputusan itu sesuatu yang sukar diterima.

“Kami perlu realistik dengan keupayaan kami dan malam ini (semalam), kami tewas dari aspek teknikal individu.

“Pemain-pemain gagal memberi saingan dalam situasi bola tinggi, malah dua gol pertama pasukan lawan juga merentap moral kami,” ujarnya.

Namun, Syamsul tetap meletakkan kepercayaan buat pasukannya untuk mempamerkan kebangkitan dalam baki enam perlawanan liga.

“Perlis masih berpeluang (kekal) dan saya berharap pemain-pemain tidak patah semangat dengan kekalahan ini,” tambahnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video