Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Sukar untuk tolak tawaran Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

philippecoutinho-cropped_gm1s415tozju1h7hsbuko1vx4_1.jpg
Bekas penyerang Liverpool, Craig Bellamy berkata sukar untuk melihat Philippe Coutinho kekal di Anfield tatkala Barcelona cuba mendapatkan pemain bintang Brazil itu.

Liverpool dilaporkan telah menolak tawaran kedua bernilai GBP90 juta (RM502 juta) dengan tekad memastikan pemain berusia 25 tahun itu kekal di England.

Barca terdesak mencari pengganti Neymar selepas penyerang Brazil itu berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai perpindahan GBP200 juta (RM1.1 bilion).

Menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris berdepan Watford, Sabtu ini, Bellamy berkata sukar untuk menolak tawaran kelab itu.

"Liverpool tidak akan berganjak dengan niat mereka untuk tidak melepaskan Coutinho," Bellamy memberitahu Sky Sports.

"Tetapi sejauh mana mereka mampu bertegas?

"Tiada penyokong yang mahu mendengar berita ini tetapi ini adalah Barcelona. Tiada pemain yang mampu menolak tawaran mereka.

"Kita bercakap tentang Coutinho, yang berpeluang untuk beraksi di samping Lionel Messi, pemain terbaik dalam dunia bola sepak. 

"Bersama Liverpool, pemain berpeluang untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara tetapi bersama Barcelona kamu berpeluang untuk menjuarainya. Mustahil untuk menolak tawaran mereka."

Bekas pertahanan Manchester United, Phil Neville, turut senada dengan berkata: "Ia akan berlaku tetapi persoalannya berapa banyak keuntungan yang bakal diraih Liverpool?

"Ini adalah Barcelona, apabila mereka merisik, kamu akan pergi. Dia pemain yang sesuai dengan Barcelona, dia memiliki skil dan teknik untuk beraksi bersama mereka.

"Tetapi Liverpool tidak terkesan ketika Coutinho mengalami kecederaan. Saya tahu dia menyumbang 14 gol tetapi jika mereka mendapat GBP100 juta (RM558 juta) daripada penjualannya dan seterusnya membeli Diego Costa, saya rasa mereka lebih berpeluang untuk menjuarai liga."

Advertisement

Must Watch Video