Pemain futsal wanita negara, Steffi Sarge Kaur, mengharapkan peluang untuk mewakili negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini, dengan membuat kemunculan semula di pentas antarabangsa.
Steffi kembali ke pangkuan skuad negara selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2013.
Menyertai latihan fasa ketiga skuad negara sejak Januari lalu, pemain berusia 28 tahun dari Perak itu terpaksa bersaing sengit untuk merebut tempat.
Steffi mengakui perlu berusaha keras untuk terpilih ke Sukan SEA sekalipun mempunyai reputasi besar dalam kancah Liga Futsal Kebangsaan (LFK).
"Hajat saya memang nak mewakili pasukan negara, lagipun kita sebagai tuan rumah Sukan SEA.
"Saya harap dapat beri fokus terbaik di atas padang, terutama semasa menjalani latihan," katanya.
Untuk rekod, Steffi merupakan anggota skuad negara yang meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar.
Dia berharap dapat menampilkan aksi cemerlang untuk menjulang skuad Kuala Lumpur dalam kempen LFK tahun ini.
"Kuala Lumpur mampu memberi tentangan kepada pasukan lain, khususnya pasukan pilihan seperti Felda dan Perak.