Skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara dianggap berada dalam kumpulan mudah apabila diundi bersama-sama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berada dalam Kumpulan A manakala Thailand selaku juara bertahan,dipisahkan dalam Kumpulan B.
Undian dimulakan dengan balang pertama yang mengandungi Myanmar dan Vietnam, dengan pasukan pertama yang diundi diletakkan terus dalam Kumpulan A.
Myanmar -- selaku pemenang pingat perak Sukan SEA 2015 -- menjadi pasukan pertama diundi untuk bersama-sama Malaysia dalam Kumpulan A tatkala Vietnam -- pemenang pingat gangsa 2015 -- secara automatik mengisi Kumpulan B.
Meskipun skuad negara berjaya mengelak daripada bertemu Indonesia -- pemenang pingat perak Sukan SEA Myanmar 2013 -- namun anak buah Kim Swee perlu berwaspada dengan ancaman Singapura.
Undian untuk skuad negara ini seakan-akan menyerupai edisi Sukan SEA Myanmar 2013 yang menyaksikan Laos dan Brunei turut diundi bersama-sama Malaysia kecuali Vietnam.
"Kita tidak boleh melabelkan ini kumpulan mudah kerana Myanmar dan Singapura telah membuat persiapan yang jauh lebih baik, termasuk Laos dan Brunei," jelas Kim Swee.