Selepas ketibaan pertahanan kelab Sepanyol, Facundo Garces, sebagai pemain warisan terbaru Harimau Malaya, dua lagi tonggak bakal menyusul menyertai kem latihan skuad kebangsaan.
Penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, mengesahkan kedatangannya di tanah air apabila sedang menikmati udara sekitar Kuala Lumpur menerusi hantaran Instagramnya.
Ia termasuk kelibat pemain sayap, Imanol Machuca, yang turut bersiar-siar selepas mengharungi penerbangan yang lama sebelum tiba di Malaysia.
Berita rasmi bakal diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat susulan difahamkan ke semua proses pendokumentasian sudah selesai.
Hector Hevel dan Gabriel Palmero yang sudah menyesuaikan diri bersama pasukan bimbingan Peter Cklamovski juga akan menggalas peranan selaku ayam tambatan merealisasikan misi terbesar kem negara.
Menjelang perlawanan hidup mati bertemu Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, dijangka bintang-bintang Harimau Malaya ini akan menyarung jersi kebangsaan memperkuat pasukan memperoleh keputusan positif, 10 Jun ini.
Pemain berpengalaman seperti Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies, Dion Cools serta Syihan Hazmi Mohamed juga turut diberikan tanggungjawab mengharumkan nama Malaysia di tempat sendiri.
Tanpa tonggak utama seperti Nguyen Xuan Son, anak buah Kim Sang-sik mempertaruhkan Jason Pendant Quang Vinh yang memiliki darah Perancis sebagai senjata terbaru mereka.
Untuk rekod, Harimau Malaya memburu kemenangan pertama menentang Vietnam di halaman sendiri sejak 2010 selepas kali terakhir ialah 15 tahun lalu dalam saingan Piala AFF Suzuki.

?? America de Cali forward Rodrigo Holgado confirmed his arrival in Malaysia. pic.twitter.com/LCLpJF4i0H
— Harimau Abroad ?? (@HarimauAbroad) June 4, 2025
Hector Hevel dan Gabriel Palmero yang sudah menyesuaikan diri bersama pasukan bimbingan Peter Cklamovski juga akan menggalas peranan selaku ayam tambatan merealisasikan misi terbesar kem negara.
Menjelang perlawanan hidup mati bertemu Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, dijangka bintang-bintang Harimau Malaya ini akan menyarung jersi kebangsaan memperkuat pasukan memperoleh keputusan positif, 10 Jun ini.
Pemain berpengalaman seperti Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies, Dion Cools serta Syihan Hazmi Mohamed juga turut diberikan tanggungjawab mengharumkan nama Malaysia di tempat sendiri.
?? Velez Sarsfield winger Imanol Machuca's latest IG Story update. pic.twitter.com/URaJ3THbdX