Presiden baru Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal, menganggap pembentukan exco baru yang dibuat dalam mesyuarat luar biasa hari ini umpama penyelamat buat skuad Selangor yang turut dilabel sebagai pasukan paling miskin musim ini.
Tegas Subahan, dengan dana yang terhad, sasaran utama Selangor musim ini adalah mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Katanya, tiada istilah menebus maruah ketika Selangor dilihat masih mampu melawan di atas padang walaupun dengan peruntukan yang cukup minimum ketika ini.
Janji Subahan adalah kebangkitan Selangor pada musim hadapan dengan jaminan akan mengundurkan diri andai tiada perubahan berlaku dalam skuad Red Giants bagi tempoh satu penggal.
"Kalau kami betul dan pandai mengurus, kami boleh buat banyak perubahan," katanya. "Kalau kami duduk tiga atau empat penggal pun tidak boleh buat apa-apa, tidak guna juga.
"Saya memang setuju dengan cadangan bahawa kami perlu melihat tempoh penggal itu. Perkara itu, saya masih tidak berani cakap kerana mungkin kami ada jawatankuasa undang-undang untuk menilai dan mengkajinya semula."
Pemilihan Subahan selaku presiden baru FAS mendapat persetujuan sebulat suara 95 ahli gabungan, hari ini.
Sementara itu, jawatan Setiausaha Agung FAS dan Bendahari Kohormat FAS masing-masing kekal milik Rosman Ibrahim dan Datuk S. Sivasundram.
"Kami mesti meletakkan dana kami di landasan yang betul, itu yang menjadi keutamaan," tambah Subahan.