Skip to main content

Bola Sepak

Suarez jaringkan gol ke-100 LaLiga

suarez.jpg
Luis Suarez menjaringkan gol ke-100 dalam LaLiga ketika Barcelona menewaskan Real Betis 5-0 di Benito Villamarin, awal pagi tadi.

Penyerang itu meraih dua gol menentang skuad Quique Setien untuk menjadi pemain Uruguay kedua mengumpul 100 gol dalam liga utama Sepanyol, selepas bekas pemain Atletico Madrid, Diego Forlan, yang menjaringkan 128 gol dalam kariernya.

Lionel Messi juga menemui dua gol -- selepas Ivan Rakitic meletakkan pemimpin liga itu di depan pada minit ke-59 -- untuk memastikan kemenangan yang membolehkan Barca berkelebihan 11 mata di puncak liga.

Ia juga menyaksikan Messi membuat bantuan gol dalam lima aksi LaLiga berturut-turut, dan ia adalah pencapai kali pertama dalam kariernya.

Dia merupakan pemain LaLiga pertama melakar sekurang-kurangnya 25 gol dalam semua pertandingan dalam setiap 10 musim terakhir.

Advertisement

Must Watch Video