Luis Suarez memuji rakan sepasukan baru, Philippe Coutinho, selepas pemain itu membuat penampilan penuh pertama untuk Barcelona dalam kemenangan mereka ke atas Alaves, awal hari ini.
Selepas penglibatannya dari bangku simpanan dalam Copa del Rey, Jumaat lalu, Coutinho berada dalam kesebelasan utama ketika pendahulu LaLiga itu bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Alaves 2-1.
Dengan perpindahan yang dilaporkan bernilai €160 juta (RM768 juta) dari Liverpool, Coutinho tidak banyak memberi kesan di Camp Nou tetapi penjaring gol, Suarez, mempertahankan pemain Brazil itu.
"Sukar untuk membuat penampilan pertama di Camp Nou dalam liga," kata Suarez.
"Philippe (Coutinho) sangat baik. Dia melakukan dengan baik dalam percubaannya untuk mengawal perlawanan dan pasukan gembira dengan sumbangannya."
Barca ditekan pelawat dengan jaringan pembukaan oleh pemain pinjaman dari Celta Vigo, John Guidetti, pada minit ke-23.
Tetapi Barca bangkit meledak pada babak kedua apabila Suarez menyamakan kedudukan, dengan menjaringkan gol dalam aksi LaLiga kelapan berturut-turut, sebelum Lionel Messi memastikan kemenangan menerusi sepakan percuma enam minit sebelum tamat.
Keputusan itu memastikan Barca kekal tidak kalah dan berkelebihan 11 mata di puncak liga.
"Jika anda tidak menumpukan perhatian, anda tidak menang. Kadang-kadang tidak baik melihat kedudukan liga pasukan lawan anda," kata pemain antarabangsa Uruguay itu.
"Pada babak kedua, kami sedar untuk apa kami bermain dan kami mendapat tiga mata," ujarnya.