Raheem Sterling berjaya menemui sasaran ketika membantu Manchester City melakar kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth semalam tetapi dia menyedari lebih banyak lagi perkara harus dilakukannya untuk menjadi pemain berbisa.
Selepas permulaan yang baik musim ini di bawah kendalian Pep Guardiola, Sterling seakan-akan ketandusan idea sehingga gagal mencetak sebarang gol.
Dia mengakui penambahbaikan di dalam mutu permainannya harus dilakukan untuk terus mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama serta membantu pasukan untuk terus mengejar pendahulu liga, Chelsea.
"Saya sentiasa cuba untuk menjaringkan gol, saya menyedari bahawa saya perlu memberikan lebih lagi buat pasukan," kata Sterling kepada Sky Sports.5 - Raheem Sterling has scored five Premier League goals v Bournemouth, the most he has against a single opponent. Foe.
— OptaJoe (@OptaJoe) February 13, 2017
"Bournemouth telah mempamerkan permainan yang menarik, pujian harus diberikan kepada mereka dan kami bernasib kerana membawa pulang tiga mata berharga."
Great team work tonight! ?⚽? We move to the second! ↗ #inSané #LS19 #BOUMCI @ManCity pic.twitter.com/VL9Gsl68PL
— Leroy Sané (@LeroySane19) February 13, 2017