Skip to main content

Bola Sepak

Spurs tidak mampu tandingi United, City

mauricio-pochettino-020817.jpg
Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, mengakui bahawa pasukannya tidak mampu bersaing dengan dua kelab Manchester dalam jendela perpindahan pemain.

Spurs dilihat masih belum mendapatkan mana-mana pemain baru walaupun telah melepaskan tonggak utama, Kyle Walker, ke Etihad.

Selepas kerap diajukan pertanyaan, Pochettino menjelaskan agak sukar untuk mencari pemain yang mampu menyamai prestasi pemain-pemainnya seperti Harry Kane dan Dele Alli bagi meningkatkan kualiti pasukan selepas sekadar berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

“Peminat kami tahu bahawa kami bukan sebuah pasukan yang mampu bersaing dengan Manchester United dan Manchester City untuk membeli pemain,” ujar Pochettino.

“Bagi saya, lebih baik bermain menggunakan pemain muda yang datang dari akademi kerana anda akan dapat mempertingkatkan kualiti mereka. Kami membuktikannya melalui Kieran Trippier dan Kyle Walker.

“Dalam masa sama, kami cuba mendapatkan keseimbangan dalam pasukan kerana sedar sudah tiba masanya untuk mendapatkan beberapa muka baru dan saya yakin ia akan berlaku,” tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video