Luciano Spaletti percaya pasukannya memerlukan masa untuk menyesuaikand diri dengan kaedahnya, namun berharap kemenangan 3-1 ke atas bekas majikannya, AS Roma, bakal menyuntik keyakinan pemain.
Meskipun Inter melakar kemenangan selesa ke atas Fiorentina dalam aksi pembukaan Serie A minggu lalu, mereka tampak bakal merekodkan kekalahan pertama musim ini apabila bertandang ke Stadio Olimpico.
Bagaimanapun, gol Mauro Icardi mengimbangi jaringan pembukaan Edin Dzeko sebelum dia mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol kedua.
Matias Vecino memastikan kemenangan Inter dengan gol ketiga.
Spalletti berkata pemainnya semakin mempamerkan kemajuan meskipun mengakui pasukannya bernasib baik selepas tiga percubaan AS Roma singgah ke tiang gol.
"Dalam babak pertama, kami tidak membuat hantaran dengan pantas sehingga Roma mudah menguasai hantaran bola," Spalletti bercakap kepada Mediaset Premium.
"Semua orang tahu, tanpa idea yang berkesan, kamu akan kecundang di arena ini.
"Dalam babak pertama, Roma bermain dengan lebih baik. Kami amat bernasib baik.
"Tetapi mentaliti Inter semakin berubah dan mereka memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan kaedah saya. Kemenangan ke atas Fiorentina dan Roma bakal menyuntik keyakinan."
Kapten, Icardi, turut optimis dengan peluang Inter musim ini di samping mengakui pemain perlukan masa untuk memahami cara Spalletti.
"Kami bermain baik dalam babak kedua -- kamu boleh nampak terdapat perbezaan ketara di atas padang," tambah Icardi.
"Ini musim baru kami di bawah kendalian jurulatih baru. Jadi, kami masih menyesuaikan diri. Kemenangan ini petanda yang baik."