Kepimpinan dan tumpuan Paul Pogba meraih pujian Ole Gunnar Solskjaer yang gembira melihat bintang Manchester United berkenaan tidak goyah berdepan kritikan.
Pogba dalam prestasi terbaik menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool malam ini dengan reputasi sembilan gol dan enam bantuan gol sejak pengurus sementara, Solskjaer, menggantikan Jose Mourinho Disember lalu.
Keupayaan pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu dipersoalkan setelah beraksi hambar ketika Mourinho di ambang pemecatan -- fokus dan kegiatan media sosialnya dipersoalkan oleh pengurus Portugis itu.
Pogba, yang sekadar menonton dari bangku simpanan dalam kekalahan 1-3 kepada Liverpool di Anfield, Disember lalu, juga terkenal dengan potongan rambutnya yang mencolok mata.
Begitupun, bakat pemain tengah berusia 25 tahun itu menyerlah di bawah Solskjaer tatkala pasukan bimbingan pengurus berbangsa Norway itu akan menyambut Liverpool di Old Trafford.
"Perwatakan Paul sentiasa menjadi bahan perhatian. Dia mempunyai keluarga yang hebat tetapi ia tidak membawa kebaikan dengan kelakuannya seperti itu," kata Solskjaer.
"Saya tidak mahu ia dijadikan sebagai alasan untuk pihak lain mencipta isu, misalnya pemain United menghadiri Anugerah Brit pada minggu ini. Laporan mendakwa kononnya beberapa pemain tidak fokus ketika aksi terakhir kami membabitkan Liverpool.
"Hakikatnya bukan sebegitu. Kami tahu mereka memberi tumpuan, kami tahu mereka melakukan yang terbaik dan Paul adalah Paul. Apapun, dia perlu membantu diri sendiri dengan lebih merendah diri.
"Mungkin dia tidak mempunyai keupayaan untuk melakukannya sekarang, siapa tahu tetapi saya langsung tidak menyentuh isu itu.
"Saya telah berbincang dengan seluruh pasukan tentang jangkaan dan piawaian saya dan apa yang saya harapkan daripada mereka.
"Paul merupakan pemimpin dalam latihan. Dia adalah seorang pemimpin di dalam bilik persalinan, pemain dibenarkan menjadi diri sendiri dan itu adalah sebahagian daripada tugas saya juga -- memberikan kebenaran.
"Dia mencurahkan banyak kudrat menjadi pemimpin di dalam dan luar padang. Jika dia mahukan kereta yang bagus, potongan rambut yang berbeza, tiada masalah.
"Saya tidak boleh berbuat apa-apa tentang rambut kelabu saya tetapi pemain dibenarkan mempunyai rambut yang berbeza. Tidak ada masalah untuk Pogba melakukannya. Pada usia 16 tahun, dia ingin berasa selesa. Kalau dia berasa selesa, maka dia akan beraksi dengan baik. "
Solskjaer menambah: "Saya agak lebih tua daripada mereka, jadi saya tidak memahami tentang media sosial.
"Walaupun saya pernah menyiarkan gambar baju Rashy (Marcus Rashford) di kaca televisyen ketika dia menjaringkan gol ke atas Liverpool di Old Trafford sebelum ini! Itu mungkin salah satu daripada lima atau enam ciapan di Twitter yang pernah saya lakukan!
"Dan anda akan terkejut dengan jumlah minit aksinya musim ini. Selain David de Gea dan mungkin Nemanja Matic, Pogba paling kerap beraksi dalam liga walaupun terdapat persepsi bahawa Jose sering mengetepikannya."